Amalan mengikut mazhab gereja Misa

Katolik Rom

Upacara ini dilihat sebagai "sumber dan kemuncak kehidupan beragama" di mana sakramen-sakramen lain ditumpukan kepadanya.[1] Mazhab gereja ini percaya bahawa ia merupakan pengorbanan sama yang dilakukan Yesus Kristus semasa beliau disalib di Golgotha.

Orang yang mengendalikan upacara ini - sama ada ketua paderi atau uskup - dilihat melakukan perbuatan ini in persona Christi, yakni mengikuti kata-kata dan perilaku sama Yesus ketika Santapan Terakhir beliau bersama hawari-hawarinya. Terdapat dua bahan yang disediakan dalam upacara ini iaitu:

Beberapa kata disebut paderi akan berlakunya suatu "perubahan sifat" (transubstantiation / transsubstantiatio) melalui perantara Roh Kudus yang dipercayai dalam gereja, di mana wain "ditukar sifat" kepada darah suci Yesus manakala roti yang khusus itu "dijadikan" tubuh suci beliau.

Anglikan

Upacara yang dilaksanakan mazhab Anglikanisme (dikenali dengan nama Holy Communion, Holy Eucharist, Lord's Supper atau Divine Liturgy[2]) cenderung berbeza mengikut musim dan kawasan setempat, namun adanya beberapa ciri utama yang kekal dan sama:[3]

  • Gathering ("Pertemuan") - pengucapan yang menyambut kehadiran Tritunggal ("Blessed be God: Father, Son and Holy spirit. And Blessed be his kingdom, now and forever. Amen").[4] Ia diikuti oleh suatu pengadaan upacara pengakuan dan penebusan dosa. Bahagian ini ditamatkan dengan suatu bacaan doa (collect) harian.
  • Proclaiming and Hearing the Word ("Pengucapan dan Pendengaran Aayat Suci") - Pembacaan dua hingga tiga daripada Kitab Injil terutamanya daripada Gospel, serta suatu bacaan psalm sebagai selingan. Ia diikuti suatu khutbah khusus
  • The Prayers of the People ("Doa Jemaah")
  • The Peace ("Beraman") - jemaah gereja berdiri dan saling bersalaman.
  • The Celebration of the Eucharist ("Keraian Perjamuan") - Roti dan wain diberikan serta juga hadiah lain termasuk sumbangan wang dan makanan dituruti dengan bacaan doa berkaitan Perjamuan. Suatu bacaan doa kesyukuran ("The Great Thanksgiving") turut diberikan. Perjamuan dimulakan dengan bacaan doa Pater Noster sebelum bahan-bahan sembahyang dipecahkan dan diagihkan kepada jemaah gereja.
  • Dismissal ("Penyuraian") - Suatu doa kesyukuran dan peringatan kepada Tritunggal diucapkan sebelum majlis bersurai.

Luteran

Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. (Februari 2019)

Metodis

Upacara misa dalam gereja Metodisme (dikenali dengan nama Service of the Table - "Upacara Meja") ialah berdasarkan kandungan dalam kitab 1662 Book of Common Prayer nukilan John Wesley yang dikemaskini tahun 1784 bertajuk The Sunday Service ("Upacara Ahad").[5] Orang yang bertanggungjawab menguruskan Perjamuan ini mesti mempunyai pentauliahan kepaderian yang sahp[6]